AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

TAFSIR : 18 NAMA-NAMA HARI AKHIR

IMAN - Hari Akhir (4. NAMA-NAMA HARI AKHIR /18)

1. Yaumuddin 

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)(Al-Faatihah 1:4)..


2. Al- Akhirah

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Al-Baqarah 2:4)..


3. Yaumul Qiyamah

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; (Al-Qiaamah 75:1)..



4. As-Sa'ah

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. (Al-An'aam 6:31)..


5. Yaumul Hasyr 

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (Maryam 19:39)..


6. Al-Mi'ad

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata ". (Al-Qasas 28:85)..


7. Yaumul Ba'ts

Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: "Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)". (Ar-Ruum 30:56)..


8. Yaumul Fashl

(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ". (As-Saaffaat 37:21)..


9. Yaumuttalaq

Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, (Ghaafir 40:15)..


10. Yaumul Jam'i

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka. (Asy-Syuura 42:7)..


11. Yaumul Wa'id

Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (Qaaf 50:20)..


12. Al-Waqi'ah

Apabila berlaku hari kiamat itu, (Al-Waaqi'ah 56:1)..


13. Yaumut Taghabun

(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (At-Taghaabun 64:9)..


14. Al-Haqqah

Saat yang tetap berlaku itu - (Al-Haaqqah 69:1)..


15. Al-Qari'ah

Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (Al-Haaqqah 69:4)..


16. Atthammatul Kubra

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, - (An-Naazi'aat 79:34)..


17. Ash-Shakhkhah

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, - ('Abasa 80:33)..


18. Al-Ghasyiyah

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? (Al-Ghaasyiyah 88:1)..

Ruby Bee
Sumber : Tafsir Qur'an Per Kata oleh Dr.Ahmad Hatta, MA

0 Komentar untuk "TAFSIR : 18 NAMA-NAMA HARI AKHIR"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info