Assalamualaikum. Sebagai hamba Allah yang seluruh kehidupan kita adalah milik Allah seharusnya kita sentiasa bermuhasabah diri. Apakah kita telah berjaya meletakkan diri kita dengan amanah kita diciptakan, iaitu UNTUK BERIBADAH KEPADA NYA?
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mudah dan memudahkan. Persiapkanlah hati dan jiwa kita untuk mencapai keredhaan NYA, insyaAllah akan terpancar melalui setiap gerak tindakan dan niat kita. Capailah keredhaanNYA.
Sekiranya kita masih lagi kekurangan terutama dalam ilmu Islam, maka di sini saya kongsikan sumber (link) pada ruangan PAUTAN yang InsyaAllah berguna buat kita, juga beberapa siri ceramah untuk panduan dan renungan kita.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan/kejayaan di dunia dan kebaikan/kejayaan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)
0 Komentar untuk "IBADAH"