Dan karunia yang lain yang kamu sukai pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat . Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.(Ash Shaff:13)..
Ilmu Yakin - Yakin melalui ilmu -peringkat pertama..
Ainul Yakin - Yakin melalui penglihatan - peringkat kedua..
Haqqul Yakin - Yakin yang sebenar-benarnya - peringkat ketiga(puncak)..
Ketiga yakin diatas adalah dalam bab keimanan, setiap orang islam mesti berusaha untuk mencapai Haqqul yakin sebelum maut menjemput dirinya. Berhijrah dari yakin ditahap bawah sehingga sebenar-benarnya yakin(Haq) adalah satu perjuangan yang menjadi maksud hidup manusia. Berusaha kearah beriman kepada yang ghaib adalah suatu perjuangan yang amat menyeronokkan, Al-Quran menyebut bahawa orang islam adalah orang yang paling mulia dimuka bumi, akan diberi kuasa pemerintahan dimuka bumi, mendapat bantuan Allah swt, mendapat perlindungan, mendapat petunjuk dalam setiap urusan, diberi kekuatan, kehebatan, dan mendapat..berbagai-bagai keistimewaan, dan bermacam-macam lagilah, ini adalah janji Allah swt, janji Allah swt adalah benar..
Ya, memang janji Allah swt itu benar, janji Allah swt itu adalah.. untuk orang yang benar-benar beriman. Diatas adalah tangga keyakinan yang perlu diusahakan. apabila seseorang telah mencapai tahap Haqqul Yakin berarti dia telah dapat membebaskan dirinya atau merdeka dari kongkongan tertib alam nyata kepada tertib alam ghaib. Tertib alam ghaib adalah tertib alam yang sebenarnya. Ia disediakan secara istimewa oleh Allah swt khas untuk manusia yang mahu yakin kepadanya.. Maksud ayat-ayat saya yang diatas ialah Allah swt telah sediakan dua jenis tertib;
1. tertib biasa untuk manuisa umumnya iaitu tertib sebab dan musabbab alam..
2. Tertib amal, melalui amal agama maka tertib sebab musabbab boleh dibatalkan, boleh dilipatgandakan, boleh dilenyapkan, boleh bolak-balikkan, tetapi hanya untuk orang yang yakqin sahaja. Sebagai contoh;
- sedekah jika ikut tertib sebab-musabbab akan menyebabkan duit berkurangan, tetapi untuk orang beriman sedekah akan menyebabkan rezeki bertambah-tambah. Dengan usaha dan qudrat tulang empat kerat boleh selesaikan masalah, tetapi untuk orang yang beriman dengan solat boleh menyelesaikan semua masalah. Bahkan perkara yang diluar upaya manusia boleh dicapai oleh orang yang beriman contoh;
- dengan azan ribut boleh dihentikan, dengan solat dan bacaan quran hujan ditahan, diminta diturunkan atau dimintak tangguhkan, atau dialihkan. Inilah keistimewaan orang yang benar-benar beriman..
Buktinya, dengan solat dan doa ada sahabiah nabi yang buat kemudian suami yang telah mati hidup kembali, dengan solat taubat dan hajat satu bala tentera menyeberang lautan dengan menunggang kuda. Tetapi hanya untuk orang yang benar-benar yaqin. Yakin dengan amal soleh maka Allah swt akan selesaikan masalah. Inilah permata yang dibawa oleh Nabi SAW. Dan inilah yang dikehendaki oleh Allah swt kepada orang-orang islam..
Jika kita lihat sekarang, orang islam berniaga tapi tak semaju org kafir, orang kafir banyak kaya, orang islam usaha jugak tapi tak kaya-kaya. Orang kafir dah buat jet, kapal terbang, roket. Orang islam hanya jadi pemerhati, pembeli dan penumpang sahaja. Bukan tak usaha, dah usaha tapi tak sehebat orang kafir. Kenapa? mungkin jawapannya..,oleh kerana orang islam telah berikrar dalam dua kalimah syahadah "Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah". Maka secara automatik tertib orang islam telah berubah kepada tertib yang lebih advance, iaitu melalui Yakin, Amal Soleh dan Usaha maka baru dapat semua..
Orang kafir dimudahkan kerana mereka menggunakan tertib mereka, iaitu usaha gigih dan dapat(dimudahkan). Untuk orang beriman tertibnya berbeza, iaitu yakin, amal soleh, doa dan usaha gigih..maka hasil yang diperolehi.....jauhhhh berlipat, berganda, hebat, cepat dan bermacam-macam lagi. Inilah istimewanya tertib orang beriman, persoalan...adakah tertib ini kita buat?..
Jika kita lihat generasi dahulu, boleh mengira diameter bumi, boleh mencipta bom(org islam yang mula2 cipta bom, peluru), boleh buat air pancur automatik bila masuk waktu solat dan berbagai-bagi lagi yang luar biasa. Rahsianya mereka diberi keistimewaan oleh Allah swt kerana mereka adalah orang-orang yang haqqul Yakin. Dengan yakin, amal dan usaha Allah swt kurniakan perkara yang hebat dari mereka. Semua urusan dunia dimudahkan..
Maka marilah kita sama-sama berjuang untuk tingkatkan keyakinan kepada Allah swt melalui amal soleh, mudah-mudahan Allah swt memberikan sifat taqwa kepada kita semua. Sebenarnya tuan-puan, hanya Allah swt sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tidak ada apa-apa kuasa. Mintalah kepada Allah swt apa-apa yang kita mahu. Dialah yang maha kaya, maha berilmu, maha hebat, raja dari segala raja. Sesungguhnya Allah swt itu kasih kepada orang-orang yang suka memperbaiki dirinya. asthgfirullahal'azimm.. Nauzubillah.. Wallahu'alam..
Ruby Bee
0 Komentar untuk "ILMU YAKIN, AINUL YAKIN & HAQQUL YAKIN"