Tersebutlah di negeri Mesir, terdapatlah seorang raja yang terakhir bernama Firaun,dia tidak berperikemanusiaan, Dia telah beberapa lama ditinggalkan isterinya (meninggal) sehingga dia hidup menyendiri.Ramai para pembesar istana memohon agar Firaun mengambil isteri baru,akan tetapi semua harapan para pembesarnya ditolak dengan alasan bahawa dia belum melihat seorang wanita yang berkenan di hatinya untuk di jadikan isteri.
Tersebutlah di sebuah negeri Mesir ada satu keluarga yang terkenal dengan orang baik baik dan soleh iaitu Keluarga Imran yang bernama Siti Asiah,ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.
Khabar tentang Siti Asiah ini akhirnya sampai pula ke telinga firaun,dan tergeraklah hati firaun untuk memperisterikan Siti Asiah.Maka diutuskan seoarng menteri bernama Haman untuk menyelidiki berita Siti Aisah.
Kemudian Haman datanglah menemui Siti Asiah dan kedua orang tuanya dengan maksud menceritakan kehendak firaun.
Kedua orang tuanyamenerima kedatangan dan maksud firaun,tetapi Siti Asiah tidak menerima lamaran firaun kerana dia merupakan salah seoarng tokoh yang ingkar kepada Allah SWT..dan raja yang zalim.Itulah yang diucapkan kepada orang tuanya.
Sehari selepas itu Haman datang kembali kepada orang tua Siti untuk menanyakan tentang lamaran Firaun.Kemudian kehendak siti disampaikan oleh keduaorang tuanya kepada wakil firaun.
Mendengar permintaan firaun itu itolak,maka betapa marahnya orang itu,ia mencaci maki kedua orang tua siti sehingga tuan rumah menjadi terkejut atas tingkah laku orang itu.Siti Asiah berdoa agar tridak terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap oang tuanya.
Kemudian dengan kasar utusn firaun itu pulang dengan perasaan kecewa mereka kembali ke istana menyampaikan khabar itu kepada firaun.
Setelah menerima berita dari utusannya itu,Firaun menjadi marah,sehingga ia bertindak secara kekerasan terhadap Siti Asiah.Maka ke esokkan harinya,utusan lain dipanggil oleh firaun untuk menyampaikan surat perintah darinya untuk menangkap kedua orang tua siti,maka kedua orang tuanya diseksa dan dirantai,juga diperlakukan secara kasar lalu di bawa ke istana .akhirnya mereka dimasukkan ke penjara..
Setelah kedua orang tua nya diseksa,maka hari itu juga sitri Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah samapai di istana ia tdiak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya..
Maka setelah Siti Aishah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."
Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.
Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan mmerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.
Sehingga untuk menyelamatkan Siti Asiah,Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya,Allah SWT MENCIPTAKAN IBLIS YANG MENYAMAR DIRINYA SEPERTI RUPA SITI ASIAH UNTUK TIDUR BERSAMA FIRAUN..Wallahu'alam..
Ruby Bee
0 Komentar untuk "Kisah Siti Asiah istri Fir'aun"