AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

TAFSIR : SHALAT & MENGERASKAN SUARA DALAM SOLAT

SHALAT - II. MENDIRIKAN SHALAT (7/11)

 Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.. (Al-Israa' 17:110)


 Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.. (Qaaf 50:40)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (Adz-Dzaariyaat 51:17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).. (Adz-Dzaariyaat 51:18)

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (At-Tuur 52:48) Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).. (At-Tuur 52:49)

Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.. (Al-Insaan 76:26)

Ruby Bee
Sumber : Tafsir Qur'an Per Kata oleh Dr.Ahmad Hatta, MA

0 Komentar untuk "TAFSIR : SHALAT & MENGERASKAN SUARA DALAM SOLAT"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info