SHALAT - II. MENDIRIKAN SHALAT (2,3,4/11)
2. SHALAT PERMINTAAN PARA NABI
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.. (Ibrahim 14:37)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.. (Ibrahim 14:40)
3. SIFAT ORANG-ORANG YANG SHALAT
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.. (Al-Mu'minuun 23:2)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.. (Al-Mu'minuun 23:9)
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.. (Al-Ma'aarij 70:22)
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.. (Al-Ma'aarij 70:23)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.. (Al-Ma'aarij 70:34)
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.. (Al-Ma'aarij 70:35)
4. RUKUK
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.. (Al-Baqarah 2:43)
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".. (Al-Baqarah 2:125)
Ruby Bee
Sumber : Tafsir Qur'an Per Kata oleh Dr.Ahmad Hatta, MA
0 Komentar untuk "TAFSIR : SHALAT & SIFAT RUKUK"