AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

Adab-adab Bersolek Bagi Wanita Islam




Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. InsyaAllah akan menambah kecantikan kita zahir dan batin. Kecantikan luaran seseorang hamba itu terpancar daripada kecantikan dalamannya. INGATLAH, TIDAK AKAN CANTIK SESEORANG ITU JIKA DALAMANNYA (ROHANINYA) KOTOR DAN BUSUK.

Amalan ini juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai selain pahala dan barokah Allah SWT.

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X
Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..
Mulut
Hidung
Mata
Dahi
Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut
Hidung
Mata
Dagu
Maksudnya, 
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). Al-Baqarah : 165

Selamat beramal..
Tolong sampaikan pesanan berguna dunia akhirat ini kepada rakan anda dengan menekan butang share di atas .



Related Post

  • AS - SHAHIDASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH AS-SHAHID bermaksud " Yang menyaksikan segala sesuatu" AS-SHAHID juga adala…
  • KHUSYUK DALAM SOLATKita dapati di zaman negara meningkat kearah kemajuan, kebanyakkan  dikalangan kita telahpun menyedari tentang haki…
  • DOA SELEPAS AZANASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Erti Doa '' Ya Allah ! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan sola…
  • JAGA ADAB BILA BERSAMA WARGA TUA Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setiap manusia perlu berbicara, ia adalah salah satu cara yang paling efe…
  • HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN Kalau anda senyum walaupun ketika sedang bersedih dan berduka, sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan me…
0 Komentar untuk "Adab-adab Bersolek Bagi Wanita Islam"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info