AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

INGAT MATI

Apakah yang kita takutkan kepada mati di dalam membela hak? Bukankah mati ditempat tidur, mati di dalam pelayaran, mati di tiang gantung..sama sahaja sakitnya?..

Ingat kepada mati, menghapuskan angan-angan yang tidak menentu, menghilangkan was-was dan mengenangkan barang yang akan menghabiskan umur.. Mengingati mati akan menjadikan manusia sabar menerima bahagian yang sedikit, tidak tamak akan harta benda lebih dari mesti, dan tidak menolak berapa pun diberi, tidak terkejut dan tergaman jika harta itu habis.. Ingat mati mengajarkan taubat.. Ingat mati menghindarkan perbuatan hidup yang membawa khisit, khianat dan tamak haloba.. Ingat mati menghindarkan azab.. Ingat mati menghindarkan takbur..

Kematian seorang raja yang sedang beradu di atas singgahsananya, dijaga oleh ratusan dayang-dayang dan pengawal yang berjaga di muka pintu gerbang, sebenarnya sama saja rasanya, dengan kematian seorang papa, yang mati kejang di kaki lima.. Kedua-duanya sama sampai ke perkuburan.. mayat raja akan hancur busuk dengan kain suteranya, begitu juga mayat si papa dengan baju kumal yang melekat di badannya.. sama-sama busuk, sama-sama hancur.. Hanya amal kebajikan masing-masing yang akan tidak hancur..

Tiap-tiap sehari melangkah dalam hidup ini, ingatlah mati sekali, supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan..

Jangan memanggil mati sebelum tiba masanya.. Kematian itu sebuah jambatan yang menyambungkan sahabat dengan sahabat.. Kubur ialah permulaan perjalanan ke alam fana.. Tidur, saudaranya mati ( Maksud Hadis )..

Pepatah ahli Tasaauf: " Hitunglah dirimu, sebelum kamu dihitung.."

Yang mengiringi mayat ada tiga ; keluarga, harta kekayaan dan amalan.. Maka kembali dua iaitu; keluarga dan harta, dan tinggal satu yang tetap bersama iaitu amalan( Maksud Hadis )..

Azab siksaan jiwa di dunia ini tidaklah lama.. banyak siksaan batin dapat di selesaikan dengan mati.. Malah mati itu kadang-kadang bukanlah siksaan melainkan jalan untuk melepaskan diri daripada siksaan..

Seseorang itu tidak akan mati, melainkan dengan izin Allah( Maksud Firman )..

Mengkuti usungan jenazah itu mengingatkan kepada Akhirat ( Maksud Hadis )..

Wallahu'alam..

Ruby Bee

Sumber ; 4000 alam mutiara kata



0 Komentar untuk "INGAT MATI"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info