AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

PENUNTUT YANG RUGI

ERTI HADIS RIWAYAT ABU DAUD
Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Sesiapa yang belajar ilmu pengetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah swt [iaitu ilmu agama], tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan mencium bau wangi syurga".

KETERANGAN
Ilmu Agama adalah ilmu yang termulia sekali, kerana dengan ilmu inilah manusia mengenali Tuhannya dan mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada Allah swt Yang Menciptakannya dan dengan ilmu inilah mereka akan dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan akan dapat melayakkan diri mereka sebagai penghuni Syurga.

Jadi ilmu Agama ini adalah ilmu yang menjambatani antara dunia yang fana ini supaya seseorang dapat menyeberangi ke negeri Syurga yang tidak dapat ternilai harganya. Maka kalau ada seseorang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak ternilai di sisi Allah swt, maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah swt, dan patutlah Allah swt memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki SyurgaNya, kerana dia sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia ini sebagai jambatan yang menyampaikannya ke negeri Syurga.

Sungguh malang nasib penuntut ilmu ini. Dia bukan hanya sekadar dihalang daripada memasukki Syurga, bahkan bau wangi Syurga pun tidak akan dapat diciumnya, sedangkan semerbak bau wangi Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya. 

by Manchiko Osman on Tuesday, December 13, 2011 at 7:14am


0 Komentar untuk "PENUNTUT YANG RUGI"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info