AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

TAFSIR KEBENARAN BERITA DAN PERSAKSIAN

Bismillahirrohmanirrohiim..
KEBENARAN BERITA

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu. (Al-Hujurat ayat 6)..

Asbabun Nuzul ayat 6
Harits bin Dhirar Al-Khuza'i ra. berkata, " ayat ini ditujukan Walid bin 'Uqbah. Suatu hari aku mendatangi Rasullullah saw. Beliau menyeruku masuk Islam dan aku menyambutnya. Setelah itu beliau menyeruku untuk membayar zakat dan aku pun menyetujuinya. Saya berkata, " Wahai Rasullullah, izinkan aku pulang ke kaumku agar dapat aku menyeru mereka kepada Islam dan menunaikan zakat. Bagi mereka yang menunaikan seruanku, aku akan mengumpulkan zakat mereka. Setelah itu hendaklah engkau mengutuskan seseorang ke Iban. Aku akan menyerahkan zakat yang terkumpul itu". Saat telah aku mengumpulkan banyak zakat, tak seorang pun utusan Rasullullah saw. yang datang kepadaku. Aku segera mendatangi Rasulullah saw. dan mengonfirmasikan hal ini kepadanya. Di lain pihak, sebenarnya Rasulullah saw mengutuskan Walid bin 'Uqbah untuk mengambil zakat kaumku. Namun Walid pulang kembali dan membuat laporan palsu kepada Rasulullah saw. bahawa aku tidak menyerahkan zakat dan, bahkan aku berniat membunuhnya. Rasulullah saw, pun mengirim utusan berikutnya kepadaku. Dipertengahan perjalanan, aku bertemu utusan itu dan bertanya, " kepada siapa engkau diutuskan dan mengapa?". Utusan itu menjawab, " Aku diutus kepadamu. Sebenarnya sebelum aku, Rasulullah saw. mengutuskan Walid. Dia berkata bahawa engkau tidak mahu menyerahkan zakat dan bermaksud untuk membunuhnya. " Demi Allah aku tak melihatnya, juga tak ada yang datang kepadaku'" jawabku. Kami berdua pun sampai dihadapan Rasulullah saw. Rasulullah saw. bertanya kepadaku , "mengapa kau menahan zakat dan mahu membunuh Walid, utusanku?" " Demi Allah aku tidak berbuat kedua hal itu, jawabku." (hadis sahih riwayat Ahmad Lihat Ahmad 4/279).

PRASANGKA TAK BERGUNA UNTUK MENCAPAI KEBENARAN


Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan. ( Al-An'am ayat 116)..

Dan kebanyakan mereka hanya mengikut dugaan. Sesunguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. ( Yunus ayat 36 )..

PERSAKSIAN

a. WAJIB bersaksi apa adanya..
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibubapa dan kaum kerabatmu. Jika dia ( yang terdakwa ) kaya mahupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan ( kebaikannya ). Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata ) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan. ( An-Nisa' ayat 135 )..

Asbabun Nuzul ayat 135 
As-Suddi ra. menuturkan bahawa suatu hari, seorang kaya dan seorang miskin yang bersengketa menghadap Rasullullah saw. Ternyata Rasulullah saw. lebih membela orang miskin. Beliau beranggapan bahawa orang miskin tidak mungkin menzalimi orang kaya. Atas sikap Rasullullah saw. itu, Allah menegur beliau dengan ayat ini. ( HR. Ibnu Abi Hatim. Lihat Qurthubi ; 2/2074 )..

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu seorang penegak keadilan kerana Allah ( ketika ) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah dengan kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana ( adil ) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti setiap apa yang kamu kerjakan. ( Al-Ma'idah ayat 8 )..

b. Orang yang menyembunyikan persaksian..
Dan jika kamu dalam perjalanan sedang kamu tidak mendapat seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya ) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Tuhannya. Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana siapa yang menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor ( berdosa ). Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.( Al-Baqarah ayat 283 )..

Sesungguhnya dialah orang yang tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. ( Al-Haqqah ayat 33 )..

c. Kesaksian yang palsu..
Demikianlah ( perintah Allah ). Dan barang siapa yang mengagungkan apa yang terhormat disisi Allah ( hurumat )544) maka itu lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu semua haiwan ternak, kecuali yang diterangkan kepadamu (keharamannya ), maka jauhilah ( penyembahan ) berhala-berhala yang najis itu, dan jauhilah perkataan dusta. ( Al-Hajj ayat 30 )..

Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan ( orang-orang ) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya. ( Al -Fuqan ayat 72 )..

d. Hukum..
Mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak makanan (makanan ) yang haram278). Jika mereka ( orang yahudi ) datang kepadamu ( Muhammad untuk meminta utusan ) , maka berilah putusan diantara mereka atau berpalinglah dari mereka maka mereka tidak akan membahayakanmu sedikitpun. Tetapi jika engkau memutuskan ( perkara mereka ) , maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil. ( Al-ma'idah ayat 42 )..

Asbabun Nuzul ayat 42..
Ibnu Abbas ra. memaparkan bahawa pada zaman jahiliah, Bani Nadhir lebih mulia daripada Bani Quraizhah. Jika seseorang dari Bani Quraizhah membunuh seseorang dari Bani Nadhir, baginya qishash ( balasannya dibunuh juga ). Namun , jika dari Bani Nadhir membunuh seseorang dari Bani Quraizhah, hukumannya cukup membayar tebusan seratus wasaq tamar. Saat Muhammad saw., telah menjadi Rasullullah, terjadi pembunuhan antara mereka, iaitu seseorang lelaki Bani Nadhir membunuh seseorang lelaki dari Bani Quraizhah. Saat hukuman akan ditegakkan, diantara mereka ada yang berkata, " Diantara kita ada utusan Allah. Mari kita minta fatwa kepada Muhammad." Maka itu, turunlah ayat ini. ( HR. Ahmad,Abu Dawud,Nasa'i, dan Ibnu Jarir )..

Katakanlah, " apakah diantara sekutumu ada yang membimbing kepada kebenaran?" katakanlah, "Allah lah yang membimbing kepada kebenaran" maka manakah yang lebih berhak. diikuti, Tuhan yang membimbing kepada kebenaranmu itu, ataukah orang yang tidak mampu membimbing bahkan perlu dibimbing? maka , mengapa kamu ( berbuat demikian ) ? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan ? ( Yunus ayat 35 )..

Mengapa kamu ini ? bagaimana ( caranya ) kamu menetapkan ? ( Ash-Shafat ayat 154 )..

Katakanlah," Allah pencipta langit dan bumi, yang mengetahui segala ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang memutuskan diantara hamba-hamba-Mu tetang apa yang selalu mereka perselisihkan." ( Az-Zumar ayat 46 )..

Ruby Bee
Sumber : Tafsir Qur'an Per Kata oleh Dr.Ahmad Hatta, MA


0 Komentar untuk "TAFSIR KEBENARAN BERITA DAN PERSAKSIAN"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info