21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh ialah :
1. Tidur lebih awal.
2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
3. Tekad untuk bangun solat subuh
4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat
6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat
7. Mengguna saranan-saranan peringatan
8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur
9. Tidak tidur sendirian
10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat
13. Menyalakan lampu di saat bangun
14. Tidak berjaga malam terlalu lama
15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur
19. Tidur di siang hari (Qailulah)
20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib
21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.
Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)Hadis Telah sedia menyebut :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Credit to : http://luvislam92.blogspot.com/2013/02/21-tips-bagi-yang-sukar-solat-subuh.html
0 Komentar untuk "21 Tips Bagi Yang Sukar Bangun Solat Subuh"