Empat Jenis Lelaki Yang Ditarik Oleh Perempuan ke Neraka. Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun
dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah
tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang
bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan
masing-masing.
Firman Allah SWT:-
4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah
tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita…wallahua’lam – Harakahdaily
0 Komentar untuk "4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita ke Neraka"