Previous Next

Jumaat, 7 Februari 2014

‎12 Adab Berhadapan Dengan Suami

Posted by Alim R | 1:01 PG Categories: ,


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

  1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
  2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
  3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
  4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
  5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
  6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
  7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
  8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
  9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
  10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
  11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
  12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."

♥ Syukran ♥

Khamis, 10 Oktober 2013

Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…

Posted by Alim R | 3:45 PTG Categories:


Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.



Dapat isi tersirat? 

Wahai anakku,Ada masa, kamu tidak dapat lari daripada meracun diri sendiri dengan teori konspirasi yang hanya wujud di kepala kamu sendiri sedangkan tiada orang yang berniat sedemikian rupa di luar.  
Sekiranya kamu dah terkena racun diri sendiri dan teori konspirasi mainan minda sendiri, cubalah tarik nafas panjang dan bertukar pandangan dan memokus kepada kerja yang ada di tangan. Hentikan berhujah mengenai teori konspirasi tersebut. Jangan biarkan dirimu terus menelan racun air liur akibat bayangan teori konspirasi di minda sehingga mempercayainya seperti sesuatu yang pasti berlaku.
Wahai anakku,Jika kamu benci pada seseorang, cubalah cari benda yang baik untuk dipuji padanya. Nescaya jika dibuat berulang-ulang, perasaan benci itu akan pudar – dan hidup kamu akan kembali tenang. 
Wahai anakku,Sedarlah bila kamu membenci seseorang, yang tidak tenteram hanyalahmu, dan bukan si dia yang dibencimu. Membenci bukanlah serangan yang mengena pada lawanmu, tapi sebaliknya ia melukakan kamu sendiri.

Salam sayang daripada ayahanda. Senyum

Khamis, 25 Julai 2013

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Posted by Alim R | 11:53 PG Categories: ,


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…

Renungkanlah.....

Selasa, 4 Jun 2013


Alhamdulillah. Pada posting kali ini saya akan memperkenalkan produk baru yang berada di pasaran iaitu Al-Qur'an Cordoba, dengan slogannya Al-Qur'an Cordoba : Al-Quran Rujukan Terlengkap 33 dalam 1. Al-Quran ini amat menarik kerana ciri-cirinya yang sangat lengkap. Jom lihat penerangan di bawah.

SPESIFIKASI
Hard Cover
Ukuran: 21.30 x 30.30 cm2
Berat: 2.55kg
Mukasurat: 1,264 full colour




Al-Qur’an Cordoba The Amazing 33 in 1 merupakan Al-Qur’an Lengkap dengan penjelasan dan tuntunan untuk membantumemudahkan kita dalam mempelajari Al-Qur’an secara menyeluruh

Tujuh Tema Al-Qur’an Cordoba The Amazing
Ibadah . Muamalah . Sirah Nabawi . Kisah Nabi dan Rasul .
Terapi Qurani . Akidah . Asmaul Husna


CIRI-CIRI AL-QUR'AN 33 in 1
1. Terjemah Per KataTerjemahan diletakkan tepat di bawah setiap patah perkataan ayat Al-Qur’an
2. Petunjuk Ayat PerbahasanAyat-ayat yang paling menonjol dalam satu halaman Al-Qur’an diberi tanda khas
3. Sistem Warna Tajwid Kod Warna Tertentu untuk Menunjukkan Hukum Tajwidnya
4. Panduan Hukum TajwidKeterangan tentang Hukum-hukum Tajwid
5. Kaedah Tajwid TartilaPenjelasan lebih dari 50 kaedah hukum tajwid
6. Terjemah Kementerian Agama RITerjemahan ini dilengkapi dengan penjelasan footnote yang memudahkan
7. Syamail MuhammadiyyahPenjelasan  peribadi Nabi Muhammad yang dikupas melalui kitab Syamail Muhammadiyyah
8. 7 Klasifikasi Utama Al-Qur’anPembahasan 7 Tema asas dari Al-Qur’an
9. Tafsir JalalainPenjelasan Tafsiriah Ayat Berdasarkan Tafsir Jalalain
10. Tafsir At-TabariPenjelasan Tafsiriah Ayat Berdasarkan Tafsir At-Tabari
11. Tafsir Ibnu KatsirPenjelasan Tafsiriah Ayat Berdasarkan Tafsir Ibnu Katsir
12. Riyadus SalihinPenjelasan Khusus yang Bersumber dari Kitab Riyadus Salihin
13. Hadis Al-’Arba’in An-NawawiHadis-hadis Sahih Bukhari, Muslim yang bersumber pada kitab Hadis 40 Imam Nawawi
14. Hadis NabawiPenjelasan tambahan yang berasal dari Hadis-hadis Bukhari, Muslim dan perawi sahih lain
15. Hadis QudsiPenjelasan hadis qudsi yang berkaitan sebagai perbandingan serta penguat
16. Mu’jamKamus Singkat Lafaz-lafaz Al-Qur’an
17. Medical HadisHadis-hadis mengenai perubatan dan kesihatan
18. Tazkiyatun NafsPenjelasan tentang pembersihan jiwa dan pengubatan berbagai macam penyakit hati
19. Tibbun NabawiPerubatan Cara Nabi Muhammad Saw
20. Asmaul HusnaPenjelasan nama-nama indah Allah yang disebutkan dalam Al-Qur’an
21. Doa-doa Asmaul HusnaAplikasi berdoa &  berzikir seharian dengan menggunakan nama-nama Indah Allah
22. Tuntunan DoaDoa-doa penting dalam Al-Qur’an dan Hadis Sahih
23. Sirah NabawiPenjelasan Sejarah Nabi Muhammad Berkaitan dengan Ayat Tertentu
24. Asbabun Nuzul bi RiwayatRiwayat Sejarah Turunnya Ayat Al-Qur’an
25. Kisah Nabi & RasulSejarah dan Kisah Nabi-nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad
26. Nasihat dan PelajaranNasihat dan penjelasan dari setiap kejadian pada masa Nabi dan Rasul
27. Kajian Arkeolegi dan Sejarah IslamPembahasan sejarah dan peninggalan Islam yang dilengkapi dengan gambar 
28. Zikir Al-Ma’thuratRangkaian Zikir berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis Sahih
29. Doa SeharianKompilasi doa-doa seharian berdasarkan hadis sahih
30. Tajwid Aplikatif Khas QRQPrinsip-prinsip utama yg harus diperhatiikan ketika membaca Al-Qur’an
31. IndeksSangat membantu dalam pencarian tema atau kajian yang ingin dipelajari
32. Tutorial Praktis Umrah dan HajiDVD berisi tutorial tata cara umrah dan haji secara praktikal
33. Tutorial Ibadah, Solat, dan Mu’amalah Praktikal SeharianDVD tutorial ini berisi panduan tata cara ibadah praktikal dan ringkas  ibadah seharian








Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Al-Qur'an ini, sila klik imej di bawah







Rabu, 29 Mei 2013

Assalamualaikum. Bagi peminat karaoke nasyid, kali ini saya kongsikan satu artikel yang saya petik daripada blog Rasa Kami yang mungkin berguna kepada anda.

Mungkin anda sering melihat pada laman Youtube video yang berlabel 'karaoke'. Tahu kah anda bahawa amat mudah untuk memainkan lagu-lagu karaoke pada computer anda dengan hanya menggunakan VLC Player.

Pada entri kali ini saya akan menunjukkan cara memainkan lagu karaoke dengan VLC Player.
Sebagai percubaan sila muaturun video di bawah 'Gurindam Jiwa Karaoke'. Pada laman Youtube untuk video ini ada dicatat 'Karaoke Mode pada RIGHT CHANNEL'. Ini bermakna untuk menghilangkan suara ketika memainkan video anda aktifkan  Audio - Audio Channel - Right. Perlu diingat bahawa kebanyakan lagu mode karaoke ialah pada Left Channel.



1. Mainkan video anda



2. Setting right channel

Suka diingatkan bahawa muzik dan nyanyian adalah salah satu cara menenangkan jiwa serta merangsang kesihatan yang baik. Namun sebagai orang Islam, batas-batas dalam nyanyian/muzik perlu dijaga agar tidak menjadi lagha.

Muat turun PERCUMA 

VLC Player

Link Youtube bagi lagu-lagu karaoke

Link Muaturun lagu-lagu nasyid dan karaoke nasyid

Internet Download Manager 6.07 PreActivated  (Hanya download, install, shutdown pc dan jalankan - jangan update untuk kekalkan status full)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube