AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

Imbas Kembali Aktiviti Al-Jannatul Firdaus Sepanjang 2010 dan 2011

Karnival Inspirasi Al-Quran Kebangsaan (FELDA)
Pertandingan Nasyid ini diadakan pada 17 Disember 2011 di MRSM Trolak, Perak. Al-Jannatul Firdaus telah mengambil bahagian mewakili Wilayah Terengganu. Kami berjaya meraih anugerah Persembahan Terbaik





Persembahan Sempena Majlis Tilawah Quran Daerah Dungun 2011
Majlis Tilawah Quran Daerah Dungun 2011 diadakan di perkarangan Masjid Hadhari, Paka, Terengganu. Kami telah dijemput dan menyampaikan dua buah lagu.

Quran Kalamullah - Majlis Tilawah Quran
Peringkat Daerah Dungun 2011

Safa & Marwah - Majlis Tilawah Quran
Peringkat Daerah Dungun 2011



Persembahan Hari Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2011 (Besut)
Kumpulan kami telah mengadakan persembahan di Pantai Air Tawar Besut, Terengganu semasa  Hari Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2011 (Besut). Kami telah menyampaikan 3 buah lagu.



InsyaAllah

Seroja

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 2010 (Taman Tamadun Islam-TTI)
Al-Jannatul Firdaus telah juga dijemput sebagai kumpulan nasyid tunggal mengadakan persembahan di Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 2010 (1431H) yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Kami telah menyampaikan 7 buah lagu sepanjang majlis tersebut.


  
Akhlak Rasulullah

Satu Muharram

Ilmu (Lagu ihsan saudara Mahathir)


0 Komentar untuk "Imbas Kembali Aktiviti Al-Jannatul Firdaus Sepanjang 2010 dan 2011"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info