AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

 Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman Al-Hakim dan berpesan: " Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."Setelah kambing itu disembelih, Luqman mwngirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirim-kan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

 Namun pada kali yang kedua, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Luqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu. " Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? Dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" Tanya wanita tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab, Hati dan Lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."


 Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Luqman HATI  dan LIDAH itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dan HATI dan LIDAH juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

BERDASARKAN HADIS YANG BERMAKSUD:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyer r.a. beliau berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sessungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas dan diantara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangkan dia akan menceroboh masuk kedalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesunggohnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

[ HADIS RIWAYAT AL-IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM]

by Manchiko Osman on Tuesday, February 14, 2012 at 9:59pm


0 Komentar untuk "HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info