AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

MENGAPA DOA KAMI TIDAK DITERIMA ?

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Seorang cendiakawan ditanya " Mengapakah kami berdoa tetapi tidak juga diterima , padahal Allah telah berfirman [bermaksud]: Berdoalah kamu nescaya Aku terima.Jawabnya:

Kerana kamu melakukan tujuh macam yang menyebabkan  tertolaknya doamu dari langit.Dia ditanya, apakah sebab-sebabnya ?Jawabnya:

1] Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Tuhan dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatan itu.


2] Kamu berkata: Kami hamba Allah tetapi tidak berlaku sebagai hamba yang patuh taat pada majikannya.

3] Kamu membaca al-Quran tetapi tidak memperhatikan perintah-perintah dan larang-larangan yang didalamnya

4] Kamu mengaku: Kami umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak meletakkan sunnahnya, yakni masih tetap makan yang haram

5] Kamu telah mengakui bahawa dunia tidak berharga di sisi Allah walaupun sesayap nyamuk, tetapi merasa tenang tenteram kepadanya

6] Kamu berkata dunia ini akan hilang, tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya

7] Kamu mengakui bahawa akhirat itu lebih baik dari dunia, tetapi tidak sungguh-sungguh dalam usaha amal akhirat, bahkan masih mengutamakan dunia kepada akhirat..


by Manchiko Osman on Saturday, February 11, 2012 at 8:03am


0 Komentar untuk "MENGAPA DOA KAMI TIDAK DITERIMA ?"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info