“Setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Tidak kira apa yang kita kerjakan, sebahagian keberkatan datangnya daripada doa kita kepada kedua ibu bapa. Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Demikian juga bagi pekerja makan gaji, pelajar sekolah dan sebagainya, angan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.
"Rezeki" bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).
Catatan : Alim711
Sumber: PerMaTaHaTiku::QaSyaEriL::
0 Komentar untuk "Berdoalah Untuk Kedua Ibu bapa"