AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

Tip Menjadi Muslimah Cemerlang Dunia Dan Akhirat

Saya tertarik dengan rencana di bawah, jadi saya muatkan untuk tatapan anak gadis serasa sekalian.

Sebelum itu ingin saya mengutarakan beberapa cerita, kiranya ia berkaitan.


Semasa memandu saya dengar penceramah (ustaz) berkata dari corong radio "Cerdik pandai Yahudi merumuskan bahawa umat Islam tdak akan berjaya dikalahkan selagi mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah; iaitu aqidah mereka. Untuk melemahkan aqidah umat Islam yang tua bukanlah perkara yang mudah kecuali melemahkan generasi muda Islam. Untuk melemahkan generasi muda pula strateginya ialah merendahkan martabat ibu-ibu Islam kerana dari merekalah terhasilnya anak-anak yang rendah martabat, maruah dan aqidahnya. Terbentuklah slogan di kalangan para Yahudi "Telanjangkan pemudi (Islam) maka rosaklah pemuda(Islam)"

  •  Sewaktu memandu di waktu yang lain isteri saya menelefon "Abang, ada budok sekoloh dua orang (lelaki dan perempuan) belakang kedai. Saya intai ikut celah lubang kunci ni. Nok wak guane?" Saya menjawab "Tengok aje dulu, kejap lagi abang sampai" Dengan hasrat menasihati mereka walaupun mereka bukan anak murid saya. Sesampai di kedai, isteri saya berkata, "Tak dok doh, lari bila dengar saya berdehem. Saya tak tahan tengok". Certa isteri saya.... "Yang perempuan kata ke yang lelaki "Ala... abang sombonglah sekarang!!", sambil cuba mencium yang lelaki. Yang lelaki agak malu-malu dan mengelak. Yang perempuan jadi lebih agresif, Saya pun berdehem, mereka terus cabut lari".
  • Kira-kira jam 8.00 malam, semasa membawa dua anak saya ke kedai RM2 untuk membeli barang untuk dihadiahkan kepada para guru mereka iaitu sempena Hari Guru, saya menunggu dalam kereta. Seorang pemuda berdiri di antara kedai RM2 tersebut dengan kedai handset di sebelahnya. Tiba-tiba muncul seorang gadis pekerja kedai handset tersebut untuk membuang sampah. Pakaiannya seluar jean ketat yang cawatnya pendek berserta t.shirt singkat. Gadis itu agak rendah, gempal dengan kulit yang gelap dengan banyak parut-parut kecil (saya cuba gambarkan gadis itu agak tidak menarik fizikalnya). Semasa menunduk membuang sampah sebahagian besar punggongnya jelas kelihatan termasuk lurah punggongnya walaupun oleh saya yang agak jauh dari dalam kereta, apa lagi tentulah lebih jelas bagi pemuda yang berada dekat di belakangnya. Tetarik dengan kejadian itu saya terus memerhati. Pemuda tadi terintai-intai 'lurah' di hadapannya. Sesekali mengerling sekeliling agaknya bimbang kalau-kalau ada orang yang terpandang gelagatnya. Gadis itu masuk ke kedai tetapi muncul kembali dengan membawa sampah lain pula. Dan... pemuda itu lebih ghairah memandang sambil mata sesekali cuba pastikan tidak ada sesiapa memerhati gelagatnya. Hitam dan berkerapu pun tengok jugalah...


Itu cerita benar dari saya dan saya mengharapkan pembaca cuba teka mesej yang saya cuba bawa daripada 3 peristiwa di atas (maaf jika keterlaluan). Cerita pertama menggerunkan kita kerana sebahagian besar rencana tersebut telah berjaya dilaksanakan serta cukup ampuh dengan bantuan pelbagai media milik mereka (Yahudi) - iklan, filem, majalah, lagu, internet, telefon mudah alih, rancangan realiti melalaikan dan seribu satu bahan sokongan lagi. Kesannya anak-anak, malah sebahagian ibu bapa (yang bodoh) telah hilang pertimbangan nilainya sehingga membuka aurat menjadi sesuatu yang remeh, cara berpakaian dan berfesyen (termasuk rambut) mengikut apa yang dipaparkan oleh media (sebahagian artis tidak sedar mereka dijadikan barua untuk tujuan ini - ini bukan budaya anda!), nilai hormat kepada yang makin pudar, derhaka, percakapan yang kasar, pergaulan bebas serta pelbagai gejala lagi. Cerita kedua dan ketiga memaparkan sebahagian fenomena yang berlaku kesan daripada perancangan tersebut. Telanjangkan pemudi maka rosaklah pemuda.

Baiklah ini rencananya.

Muslimah…engkau hamba Allah, engkau anak, engkau ibu, engkau isteri, engkau menantu,muslimah2 engkau mertua, engkau pekerja, engkau majikan, engkau ahli masyarakat! Terlalu banyak peranan mu. Sudah tentu juga banyak pahala yang menanti mu. Semoga tip di bawah dapat sama-sama membantu dan mengingatkan kita para Muslimah mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
  1. Menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya kerana ia adalah tiang agama. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sempurna solatnya.
  2. Lebih afdal solat di rumah terutama di kamar. Memanfaatkan waktu untuk ibadat terutamanya pada malam hari yang penuh ketenangan.
  3. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
  4. Berusaha melakukan solat dengan penuh khusyuk. Salah satu caranya dengan memahami ayat Al-Quran yang kita baca.
  5. Sentiasa menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
  6. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
  7. Banyak membaca Al-Quran dan berzikir untuk mencari ketenangan nan berpanjangan.
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
  9. Menjaga makan dan minum serta memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
  10. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.
  11. Pada minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah- olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada-Nya.
  12. Jangan sesekali melakukan syirik kecil seperti riak.
  13. Menjalin hubungan yang baik dengan Allah.
  14. Menjalin hubungan yang baik dengan manusia.
  15. Jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.
  16. Ikhlas bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah dan banyakkan berselawat, percaya dan yakin atas semua yang disampaikan Rasulullah.
  17. Mempunyai keperibadian yang dibentuk oleh al-Quran dan sunah.
  18. Menghindari kehidupan jahiliah.
  19. Mengehadkan dirinya pada sumber pemikiran murni.
  20. Hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
  21. Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya dan sentiasa bersyukur.
  22. Menghormati para ulama dan mujahid.
  23. Iffah – mengawal diri daripada menuruti hawa nafsu.
  24. Menjaga diri daripada tingkah laku tidak senonoh.
  25. Tabah menghadapi segala dugaan dan musibah yang menimpa.
  26. Memelihara diri daripada segala yang dilarang agama.
  27. Malu dalam segala perkara batil.
  28. Berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin.
  29. Memberi salam kepada orang lain, menziarahi orang sakit.
  30. Bersabar dengan kerenah orang lain dan elakkan sikap pemarah.
  31. Ikhlas dan reda menerima keputusan Allah setelah berusaha dan bertawakal.
  32. Bersederhana dalam berbicara, berpakaian dan tidak bersikap zuhud (berlebihan mengenai dunia) sehingga melupakan akhirat.
  33. Menjaga kesempurnaan amal perbuatan
  34. Menjadi insan yang mudah memaafkan dan menjauhi sifat tercela.
  35. Jangan jadi orang yang pemalas dalam pekerjaan mahupun beribadat.
  36. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  37. Suka menghasut sebaliknya perlu sentiasa berbaik sangka.
  38. Sentiasa bermuhasabah, sikap menyedari diri dan usah mudah berputus asa.
  39. Elakkan rasa takabbur dan jangan melakukan sesuatu untuk mendapat kepujian.


Catatan : En. Ali Mohamad
Credit to Majalah Nur (karangkraf)


0 Komentar untuk "Tip Menjadi Muslimah Cemerlang Dunia Dan Akhirat"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info