AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

AS - SHAHID

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

AS-SHAHID bermaksud " Yang menyaksikan segala sesuatu"
AS-SHAHID juga adalah sama maksudnya dengan AL-ALIM [Yang Maha Mengetahui] sebagaimana firman-Nya: " SHAHIDALLAH' [Surah Ali Imran 3: 18]

Allah S.W.T. mengetahui dengan penyaksian-Nya.AS-SHAHID juga bererti ' yang hadir '. Kehadiran Allah S.W.T. bererti ilmu-Nya, penyaksian-Nya, dan kudrat-Nya. Pada hari kiamat kelak, Allah s.w.t. akan menjadi AS-SHAHID [saksi] bagi semua makhluk-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-AN'AM 6: 19] yang bermaksud:
" Tanyalah, adakah sesuatu yang lebih besar penyaksiannya?Katakan, Allah."


AS-SHAHID juga adalah AL-MASHUD [yang disaksikan].
AS-SHAHID adalah salah satu daripada sifat-Nya, yang mermaksud Allah S.W.T. menerangkan segala dalil dan menjelaskan segala alasan.Seseorang itu dikatakan sebagai saksi apabila dia dapat menerangkan dan menjelaskan sesuatu. Apabila Allah S.W.T. dikatakan AS SHAHID, ia bermakna Allah S.W.T. mengetahui segala amal perbuatan dan melihat apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Nya. Firman-Nya dalam Surah al-Thur 52:48 YANG BERMAKSUD:
" Dan bersabarlah dalam menunggu keputusan Tuhanmu, sesungguhnya kamu sentiasa dalam perhatian Kami."

Diceritakan bahawa pada suatu ketika terdapat seorang yang didera dengan cambuk, tetapi dia tetap bersabar tanpa keluhan. Setelah selesai, orang ramai mengerumuninya dan ditanyai oleh seorang syeikh dari kalangan orang ramai itu, " Apakah engkau tidak merasa sakit ketika didera tadi?" Orang itu menjawab, " Sudah tentu sakit."  Syeikh itu bertanya lagi, " Mengapa engkau tidak menjerit, sedangkan di antara yang hadir itu ada seorang yang aku cintai dan dia selalu mengawasiku. Jika aku menjerit, hilanglah mukaku disisi-Nya.

Jika sesiapa yang mengatakan bahawa dia cintakan Allah S.W.T, tetapi tidak bersabar hanya kerana gigitan nyamuk, maka dapatkah itu dikatakan sebagai pengakuan yang benar?

Bagi ahli makrifat, mereka tidak meminta hiburan selain daripada-Nya, dan tidak pula meminta sesuatu selain daripada-Nya. Para bijak pandai bermadah

Gembira dan dukaku adalah Engkau
Dengan-Mu aku berbincang di kegelapan malam
Jika aku berkata...ucapku hanya Engkau
Jika aku diam..Engkaulah tali yang tersembunyi dalam hati-ku.

by Manchiko Osman on Tuesday, January 10, 2012 at 9:58pm


0 Komentar untuk "AS - SHAHID"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info