AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN


Kalau anda senyum walaupun ketika sedang bersedih dan berduka, sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang kebahagiaan yang anda cari.

Sekali-kali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan  tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda.

Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita.

Senyuman yang anda beri tidak akan membahayakan anda. Tetapi sebaliknya, ia akan menarik segala kebaikan.

Bercakaplah dengan orang di sekeliling anda dengan bahasa kalbu [senyuman].

Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.

Ada ungkapan yang menyebut bahawa " senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan." Bergaul bermakna berkomunikasi dengan baik, dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda. Satu daripadanya ialah pandai dan mahu tersenyum.

Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang memberi kebahagian kepada mereka.

Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan muruing bermakna anda telah menyeksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.

JIKA RASA SEDIH DATANG MERUBUNG, DUKA LARA MENGGUNUNG, UCAPKANALAH: LA ILAAHA ILLALLAH..

by Manchiko Osman on Sunday, January 8, 2012 at 3:44pm


0 Komentar untuk "HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info