AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

DOA SELEPAS AZAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Erti Doa
'' Ya Allah ! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan. Berikanlah kepada [Nabi] Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda [di hari akhirat kelak] pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan".

BEBERAPA PENGAJARAN DOA:
* Rasulullah saw bersabda: Sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafaat baginda di Hari Akhirat kelak. [ Shahih al-Bukhari no 570]
* Dianjurkan juga membaca Selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu, " Ya Allah !, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad."[ Shahih Sunan Abu Daud no: 523]
* Setelah berdoa dengan doa di atas dan berselawat ke atas Rasulullah, maka bolehlah berdoa apa jua yang dikehendaki. Ini kerana tempoh di antara azan dan iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa.

Rasulullah menekankan: Sesungguhnya DOA TIDAK DITOLAK ANTARA AZAN dan IQAMAH. Oleh itu berdoalah [kalian].[ Musnad Ahmad: no 12584 dengan sanad sahih]. 

by Manchiko Osman on Wednesday, December 28, 2011 at 7:46pm


Related Post

  • MENGAPA DOA KAMI TIDAK DITERIMA ?ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.. Seorang cendiakawan ditanya " Mengapakah kami berdoa tetapi tidak juga di…
  • TERTIB MASUK KE TANDASASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..  1] Doa sebelum masuk " Allah Humma Inni Auuzubika Minal Khubsi …
  • SEDARKAH KITA CINTA-NYA ?ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH  Apabila rakyat mencintai rajanya, hal itu merupakan perkara lazim yan…
  • PENGHAPUS DOSA KECILASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH   Berikut adalah penghapusan dosa-dosa kecil yang dilakukan pagi dan p…
  • DUA JURUS DAHSYAT IKHLAS DAN TAWAKKALDUA JURUS DAHSYAT IKHLAS DAN TAWAKKAL - Allah telah mengatur rezeki untuk hamba-hamba-Nya. Tak ada yang memberi rezeki k…
0 Komentar untuk "DOA SELEPAS AZAN"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info