AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

PENGHAPUS DOSA BESAR

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

  Dosa-dosa besar dapat dihapus dengan taubat nasuha. Orang yang mengatakan bahawa dosa besar tidak diampuni, bukan hanya keliru, tetapi juga salah besar dan sesat. Semua dosa besar boleh dihapus berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa':48 yang bermaksud:
  " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya [menurut aturan syariat-Nya]. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah [ dengan sesuatu yang lain], maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar."

  Setiapkali seseorang melakukan dosa besar, kemudian dia bertaubat, maka Allah mengampuni dosanya itu. Allah SWT berfirman dalam surah Al-FURQAN: 68-71 yang bermaksud:

  " Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah memmbunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak [yang dibenarkan oleh syarak], dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan." Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan [pada tempat] kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya [dengan itu] dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat."

  Keterangan ini merupakan hasil kesepakatan ulama. Ketentuan hukumnya tetap dan tidak dihapus, hingga Allah mendatangkan hari kiamat. Kesimpulanya setiap orang yang melakukan perbuatan dosa besar berhak bertaubat dan Allah pasti mengampuni dosa orang yang bertaubat. Dalam perkara ini, pembaca sekalian sebaiknya mengingat kisah pembunuh yang menghabisi nyawa seratus orang, dan dosanya diampuni oleh Allah.

DOSA KUFUR [SYIRIK]
  Penghapus dosa akibat kufur. Yang dapat menghapus dosa akibat kufur adalah kalimatsyahadat: " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah." Kekufuran ini dapat dihapus oleh iman dan amal soleh. Dalilnya adalah firman Allah dalam surah Ath-Thalaq:5 yang bermaksud:
" Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan di terangkan-Nya kepada kamu. Dan [ingatlah], sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya."

  Orang yang beriman, kemudian melakukan dosa besar atau mengerjakan maksiat, bererti termasuk orang yang telah mengambil perjanjian dan kesepakatan dengan Allah bahawa dia tidak kekal dalam api neraka. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam:96 yang bermaksud:
  " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang."

  Menurut para ahli tafsir, kasih sayang akan masuk ke dalam diri orang yang beriman, sehingga dia dapat memegang iman dengan teguh dan benar-benar bertaubat dari dosa kekufuran. Kasih sayang ini juga akan masuk ke dalam diri orang yang lahir dalam keadaan Islam.

  Ketika membaiah Amru bin Ash, Rasulullah SAW bersabda:
" Tidakkah engkau tahu bahawa Islam itu menghancurkan semua kesalahan masa lalu, dan taubat itu menghapus segala dosa yang dilakukan sebelum masuk Islam? [HR Muslim dan Ibnu Khuzaimah]

  Sabda beliau di atas adalah penegasan bahawa Islam merupakan penghapus dosa besar. Jika anda bersaksi tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah serta Muhammad adalah utusan Allah, kemudian mendirikan solat, maka anda tidak akan kekal di neraka, meskipun telah melakukan perbuatan maksiat.

  Namun harus sedar dan berhati-hati, anda jangan menyangka bahawa penghapus dosa ini akan mencegahmu masuk neraka. Sebab orang yang berbuat maksiat dan melakukan perbuatan jahat akan diazab sesuai dengan waktu yang layak untuknya. Hanya sahaja dia tidak akan kekal dalam neraka..

by Manchiko Osman on Sunday, February 19, 2012 at 11:44pm


0 Komentar untuk "PENGHAPUS DOSA BESAR"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info