AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

MENGAPA PERLU BERSUGI ATAU BERSIWAK?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

MENGAPA PERLU BERSUGI ATAU BERSIWAK?

1. Bersugi atau bersiwak merupakan perbuatan membersihkan mulut dan gigi.
2. Bersugi hukumnya sunat. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi ia lebih dituntut untuk dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, sewaktu hendak membaca al-Quran dan semasa bau mulut berubah.
3. Bagi orang yang berpuasa, bersugi setelah gelincir matahari [masuk waktu Zohor] adalah makruh. Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi." [Riwayat Muslim]. Namun, imam Nawawi r.a. pula berpendapat, tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada setelah gelincir matahari ataupun belum gelincir matahari.
4. Bersugi boleh dilakukan dengan menggunakan sebarang benda yang suci [bersih] dan kesat seperti berus gigi, kayu arak [siwak], rotan manggar kelapa dan sebgainya.
5. Hadis Rasulullah SAW mengenai bersugi:
  1] Daripada Aisyah r.a. berkata ' Sesungguhnya, Nabi SAW telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat reda dari Tuhannya.'[Riwayat Baihaqi]
   2] Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: ' Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.' [Riwayat Ahmad]
6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan pada sebelah kanan mulut. Kemudian ia diteruskan pada atas lelangit mulut secara perlahan-lahan dan ke atas gusi serta gigi.

ANTARA KELEBIHAN BERSUGI IALAH


1] Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ' Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi.' [Riwayat Muslim]
2] Meningkatkan kecerdikan [akal]
3] Mencerahkan penglihatan
4] Melambatkan uban
5] Menggandakan pahala
6] Dapat mengucapkan Syahdah tatkala hampir ajal.


by Manchiko Osman on Monday, February 20, 2012 at 8:56pm


0 Komentar untuk "MENGAPA PERLU BERSUGI ATAU BERSIWAK?"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info