AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

DOA SELEPAS AZAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Erti Doa
'' Ya Allah ! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan. Berikanlah kepada [Nabi] Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda [di hari akhirat kelak] pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan".

BEBERAPA PENGAJARAN DOA:
* Rasulullah saw bersabda: Sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafaat baginda di Hari Akhirat kelak. [ Shahih al-Bukhari no 570]
* Dianjurkan juga membaca Selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu, " Ya Allah !, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad."[ Shahih Sunan Abu Daud no: 523]
* Setelah berdoa dengan doa di atas dan berselawat ke atas Rasulullah, maka bolehlah berdoa apa jua yang dikehendaki. Ini kerana tempoh di antara azan dan iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa.

Rasulullah menekankan: Sesungguhnya DOA TIDAK DITOLAK ANTARA AZAN dan IQAMAH. Oleh itu berdoalah [kalian].[ Musnad Ahmad: no 12584 dengan sanad sahih]. 

by Manchiko Osman on Wednesday, December 28, 2011 at 7:46pm


0 Komentar untuk "DOA SELEPAS AZAN"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info