AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

KHUSYUK DALAM SOLAT

Kita dapati di zaman negara meningkat kearah kemajuan, kebanyakkan  dikalangan kita telahpun menyedari tentang hakikat Islam dan pengislaman. Kebanyakkan diantara kita berlumba-lumba untuk mendalami lagi tentang ilmu-ilmu agama Islam dan seterusnya berusaha dengan mempraktikkan amalan-amalan Islam untuk memantapkan lagi tahap keimanan yang terdapat didada insan yang ingin bergelar hamba yang beriman.

Namun tidak dapat juga kita nafikan bahawa ada segelintir masyarakat kita yang berasa megah dengan taraf keislaman yang telah dianutinya sejak zaman turun temurun lagi tidak mahu memperakui, mengiktiraf dan seterusnya memahami apakah konsep Islam yang diinginkan oleh Agama yang sebenarnya.

Contohnya kita membenarkan bahawa kebanyakan dikalangan kita mengerjakan segala suruhan Allah swt iaitu " Amar Ma'ruf Nahi Mungkar " dengan mengerjakan solat.


Apakah kita tahu bahawa adakah solat itu mencapai tahap solat yang seharusnya dikerjakan oleh setiap insan yang bergelar insan yang kamil?
Adakalanya kita melihat orang solat bagaikan ayam makan padi belum sempat kepala menempel di tempat sujud telah bangkit kembali dan tergopoh-gapah.

Adakah mereka khusyuk?
Sudah pasti tidak. Namun banyak orang yang ingin mencapai tahap solat yang khusyuk, tetapi belum berjumpa guru yang sanggup mengajarkan cara untuk mencapai solat yang khusyuk. Kalau kita bertanya kepada para ustaz bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk, jawapannya mereka baca dimulut kemudian diertikan didalam hati. Kalau demikian belumlah kita boleh mendapat solat yang khusyuk.

Pernah suatu ketika dahulu dalam sebuah majalah yang ditulis oleh seorang Ulama yang terkenal iaitu Prof. Hamka. Seorang hamba Allah bertanya kepada beliau bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk. Prof. Hamka menjawab: " Aku sendiri sedang mencari kaedah untuk mencapai solat yang khusyuk".

Namun begitu ada juga dikalangan ulama-ulama yang terdahulu menurunkan petua bagi mencapai tahap solat yang khusyuk berdasarkan al-Quran Surah al-Qiamat.
Ayat 16:
" Jangan tergesa-gesa mengkomat-kamitkan bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaanya".
Ayat 17:
" Kami akan simpan dalam ingatanmu dan akan Kami tetapkan bacaannya dari mulutmu".
Ayat 18:
" Setelah selesai Kami bacakan barulah kami membacanya".

Berdasarkan ayat ini kami menemukan cara mencapai solat yang khusyuk adalah seperti berikut :

1. Yakin - Seratus peratus sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu
2. Sabar - Mengerjakan solat tidak tergopoh-gapah
3. Redha - Mengerjakan solat dengan penuh penyerahan kepada Allah
4. Ikhlas - Mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan
5. Iman - Segala tentuan Allah Qada' dan Qadar datang dari Allah swt
6. Ilmu - Tentang syarat dan rukun solat yang benar
7. Akal - Sihat dan waras tidak gila atau mabuk.

I. WALA HAYYUN - Matikan dirimu sebelum mati
II. WALA BASIRUN - Butakan matamu sebelum buta
III. WALA SAMI'UN - Pekakkan telingamu sebelum tuli
IV. WALA ALIMUN - Sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah
V. WALA MUTHAKALIMUN- Jangan bercakap perihal dunia dalam solat

CARA MEMATIKAN DIRI SEBELUM MATI

Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa  solat ini adalah solat yang terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati menghadap Ilahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan  semasa hidup di dunia ini. Inilah cara yang paling afdhal untuk mematikan  diri di dalam solat yang khusyuk.

CARA MEMBUTAKAN MATA SEBELUM BUTA

" SUFUL FIL WAHDAH FIL KASRAH, SUHUF FIL KASRAH FIL WAHDAH"
Ertinya:
" Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu"

Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejamkan. Pandanglah ke atas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah-tengah batang hidung.

CARA MEMEKAKKAN TELINGA

Untuk melahirkan solat yang khusyuk, sewaktu surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja yang kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.

Untuk mempraktikkan kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. Kemudian baca Surah al-Fatihah di dalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin, tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara merdu. Itulah suara hati. Lebih indah daripada suara penyanyi manapun di atas dunia ini.

CARA WALA 'ALIMUN

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang  khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi Kudrat Allah swt.

CARA WALA MUTHAKALIMUN

Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan. Disini kita akan jelaskan bagaimana praktikal yang paling mujarab untuk melaksanakan solat yang khusyuk.

NAFAS
AMPAS
TANAFAS
NUFUS

Didalam solat yang khusyuk yang terpakai hanyalah TANAFAS dan NUFUS sahaja. Maksudnya di saat kita solat, tarik nafas dari bahagian pusat [perut] secara perlahan-lahan sambil hati membaca ayat dan sampai terasa berdenyut-denyut di ubun-ubun. Kemudian tahan sejenak. Nafas turun barulah lisan [ mulut ] membacanya.

Inilah yang dikatakan 'Tasdiqun Fil Kalbi Ikrar Fil Lisanni' dan kerjakan dengan badan. Cubalalah kita lakukan yang bersesuaian dengan petunjuk ini. InsyaAllah kita akan bezakan dengan solat yang biasa kita lakukan dan kalau boleh kita tengok waktu sebelum solat dan selesai solat.

Berapa lamakah kita solat?
Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama lima minit, setelah kita kerjakan solat yang khusyuk, solat sunat dua rakaat pun mencapai masa selama sepuluh minit.

PENYERAHAN DIRI SECARA KESELURUHAN KEPADA ALLAH S.W.T.

1. Tegak Lurus Mengadap Kiblat
  Tentu anda tertanya didalam hati, mengapa Malaikat Jin kita ajak solat berjemaah pula? Sebab Malaikat adalah makhluk Allah yang suci sedangkan kita manusia adalah makhluk yang kotor yang selalu bergelimang dosa dan noda serta kemaksiatan dunia. Seandainya solat kita diterima Allah, Malaikat ikut serta bersolat dengan kita sebagai makmum dan kita sebagai imamnya.

2. Niat Hendak Solat Di Dalam Hati
  Bacalah yang tertulis dibawah ini:
  - Ilahi Ya Rabbi Anta Qalaq TaniYa Rahman Wa Ana Abduka Ya Rahin
  - Inni Kuntu Minal Zalimin [ 3 kali ]
  - Inni Kuntu Minal Ghafilin [ 3 kali ]
  - Ilahi Ya Rabbi Anta Maksudi Wa Redhaka Maqlubi,
  - Atini bimahabatthaka wal Ma'rifataka
  - La ilahaillah Muhammad asulullah s.a.w.
  - Inni Ana Minallah al-Haq
  - Wa Zatullah al-Haq
  - Wa Sifatullah al-Haq
  - Wa Nurullah al-Haq
  - La Haula Wala Kuwwata illa Billahi al-'Alim Yil 'Azim

Tarik nafas dari perut [pusat] perlahan-lahan. Hati membaca "Allah" sambil tangan diangkat perlahan sama tarikan nafas sampai terasa berdenyut-denyut di ubun-ubun.

Nafas turun, lisan membaca perlahan sampai nafas turun betul-betul. 

Tarik nafas dari perut kembali.

Nafas turun, lisan membaca " Akhbar".

Demikian seterusnya apa sahaja yang dibaca di dalam solat , hati didahulukan dengan lisan.Inilah yang dinamakan solat di dalam solat atau solat. Untuk mendapatkan solat yang lebih khusyuk, lamakan masa sewaktu rukuk dan sujud.

JADI SELAMAT MENJALANI SOLAT SEMOGA AKAN MENJADI LEBIH KHUSYUK.

Bergurulah dalam latihan penafasan yang tersebut diatas. AMIN YA RABBAL ALAMIN 

by Manchiko Osman on Friday, December 16, 2011 at 4:00am


0 Komentar untuk "KHUSYUK DALAM SOLAT"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info