AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:

" WAHAI TUHAN KAMI BERILAH KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT"
[Robbana aatinaa fiddunnya hasanatan wafilakhirati hasanah]

Inilah salah satu doa yang terbesar. Kerana doa ini merangkumi kebaikan dunia dan akhirat. Kebaikan dunia adalah setiap perkara yang disenangi dan diminta oleh manusia yang berupa kesihatan, keamanan, kesejahteraan dalam hidup baik dalam jiwa, anak-anak yang normal atau isteri yang setia. Bersama itu juga ilmu yang bermanfaat, rumah yang luas, amal soleh, kenderaan yang nyaman, pujian yang baik, tersingkirnya perkara yang tidak disenangi yang berupa cubaan, kecelakaan, sakit, akhlak yang tercela, agama yang lemah, pengawasan yang rendah, anak yang derhaka, isteri yang jahat, tetangga yang jahat, teman-teman yang mencela, kehidupan yang sempit, hutang yang banyak dan nama yang baik yang tercemar.

Kebaikan dunia bersifat umum. Adapun kebaikan akhirat, maka yang tertinggi adalah mendapatkan keredhaan Allah, memasuki syurga-Nya, berada di samping-Nya, berteman dengan para Nabi, para Rasul, hamba-hamba yang soleh di taman syurga, terjaga daripada seksa neraka dan kemurkaan-Nya, segala bentuk kehinaan dan penyiksaan. Maka jadilah doa ini yang mengumpulkan kebaikan [jami'ah] dan yang mencegah keburukan [mani'ah] yang mencukupi dan yang memuaskan.

Di dalam ayat tersebut terdapat bukti yang jelas bahawa tidak ada yang memberikan kebahagiaan kecuali Allah SWT, tidak dapat menarik sesuatu yang disenangi atau mencegah sesuatu yang dibenci kecuali Allah SWT. Siapa yang dapat memperbaiki hubungan dengan Allah, dia akan terpelihara daripada perkara yang menyedihkan dan melelahkan. Allah akan memperbaiki keadaanya, menyelamatkannya daripada seksaan yang pedih.

Di dalam ayat terdapat pelajaran bagi manusia agar berdoa kepada Tuhannya dengan doa-doa yang mencakup setiap kebaikan, meminta diselamatkan daripada mudarat. Terdapat juga pelajaran bahawa kesejahteraan yang disyukuri melebihi ujian yang disertai sabar. dan memohon keselamatan daripada 
musibah adalah diperbolehkan, kebaikan dunia diminta sebagaimana kebaikan akhirat, iaitu kenikmatan yang baik, harta benda yang halal, kehidupan yang baik, umur yang indah.

Di dalam ayat terdapat juga pelajaran bahawa terbebasnya seorang hamba daripada seksa neraka merupakan salah satu dambaan yang diinginkan daripada Allah. Bagaiman tidak, ingat pada seksa akhirat dapat membuat nangis orang-orang soleh, membuat takut kekasih Allah, membuat lunak hati ahli taat beribadah.

ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:

" SESUNGGUHNYA ORANG YANG ENGKAU MASUKKAN KE NERAKA ADALAH ORANG YANG ENGKAU BUAT HINA. DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM TIDAK PUNYA PENOLONG." [ALI IMRAN: 192]

DAN DALAM HAKIKAT KEUNTUNGAN ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:

" SIAPA YANG DIJAUHKAN DARIPADA SEKSA API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE SYURGA, MAKA DIA TELAH BERUNTUNG."

Lihatlah pada kata kebaikan [hasanah] yang diulang dua kali. Kerana setiap perkara yang bermanfaat akan disenangi. Maka maknanya tidak terbatas pada satu kebaikan tertentu. Kerana pengkhususan pada kebaikan tertentu merupakan bentuk campur tangan yang tidak dibenarkan kecuali ada syarak yang menjelaskan. Allah tidak mengajarkan kita untuk berdoa kecuali Dia akan mengabulkan permintaan itu.

'' KALAULAH ENGKAU TIDAK MENGINGINKAN APA YANG AKU HARAPKAN BERUPA KEMURAHAN TANGAN-KU. ENGKAU TIDAK MENGAJARKANKU BERDOA."

Allah telah memrintahkan kita untuk berdoa dan berjanjikan akan mengabulkan doa itu. Maka ketahuilah pengaruh doa dan manfaatnya yang besar, ganjaran yang baik bagi seorang hamba. Hendaklah seorang hamba menuju pada doa ma'tsur daripada Al-Quran dan Sunnah.

Doa ma'tsur adalah doa pilihan dan paling sahih bagi seorang hamba. Kerana yang mengajarkan doa itu adalah Zat yang Maha mengetahui rahsia dan sesuatu yang tersembunyi. 

by Manchiko Osman on Monday, January 23, 2012 at 10:32pm


0 Komentar untuk "DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info