AlJannatulFirdaus

Cetusan Rasa Islam dan Hiburan

AYAT-AYAT AL-QURAN MELAWAN JIN / SYAITAN

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

  Diriwayatkan sebuah peristiwa yang dialami oleh Abu Khalid Al-Walidy bersumberkan Ishak bin Ismail dan Malik bin Al-Haris, katanya:

  "Aku pernah diutus oleh kaumku untuk mengadap Sayidina Umar r.a.di Madinah. Pada waktu itu isteri dan anak-anakku turut bersamaku.Di tengah jalan kami berehat manakala isteri dan anak-anaku berada di sebuah rumah di belakangku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan kanak-kanak yang disertai dengan suara gemuruh yang aneh. Aku segera membaca beberapa ayat Al-Quran dengan suara keras. Setelah itu aku mendengar ada beberapa benda jatuh. Maka ku tanya kepada isteriku apa yang telah berlaku. Jawabnya, " kami ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-olah barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca ayat Al-Quran dengan keras tadi, mereka segera melepaskan kami dan lari."


  Dalam kitab Al-Funun diceritakan, ada sebuah rumah di Iraq yang sangat misteri di mana orang yang tinggal di rumah itu akan mati pada pagi harinya. Pada suatu hari ada seorang alim yang setiap hari membaca Al-Quran, menyewa rumah itu. Para jiran mulai meramalkan kematian lelaki itu. Tetapi apa yang terjadi? Keesokan harinya lelaki itu ternyata masih hidup. Maka bertanyalah para jiran kepada lelaki berkenaan gerangan ilmu apa yang di-milikinya. Lelaki itu menjawab:

" Pada waktu malam aku sentiasa solat dan membaca Al-Quran. Tiba-tiba ada seorang pemuda yang muncul dari dalam perigi sambil mengucapkan salam kepadaku. Aku pun segera menjawab salamnya dengan agak ketakutan. Pemudia itu berkata, " Hai lelaki, engkau jangan takut kepadaku. Tolonglah aku, dan ajarilah aku sesuatu dari Al-Quran."

Lalu dengan segera aku mengajarkannya dan bertanya kepada pemuda itu mengenai kejadian-kejadian pelik di rumah itu. Dia menjawab, " Kami adalah golongan jin Muslim. Kami sering membaca Al-Quran dan solat. Tetapi rumah ini justeru didiami oleh orang-orang fasik yang gemar minum arak dan mabuk. Maka kami cekik para penghuninya yang fasik itu, dan pada pagi harinya didapati oleh para jiran telah mati."

Kisah-kisah di atas menunjukkan kehandalan ayat-ayat Al-Quran dalam menundukkan dan melawan jin. Ayat-ayat Al-Quran yang biasanya digunakan untuk menundukkan jin adalah seperti berikut:

a] AYAT KURSI 
  Abul Qasim meriwayatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab bahawa ayahnya ada bercerita mengenai setor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jau dari rumahnya. Setiap hari setor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi setor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuknya. Ia bertanya kepada haiwan itu, " Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanya lagi, " Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, " Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi, " Apakah yang dapat menyelamat kan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu " AYAT KURSI yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 255."
  Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah SAW membenarkan ucapan jin itu.Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya ' Al-Mustadrak'.

b] BISMILLAH
  Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis yang bersumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya:
" Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebunya dan disimpannya di suatu tempat.Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencurinya, lalu Abu Usaid melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Jawab Nabi SAW, " Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk mengganggu manusia. Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedatangannya, maka bacalah:
' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM '
  Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari lintang-pukang.

c] TA'AWUZ
  Allah SWT berfirman yang bermaksud:
  " Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[Al-A'raf: 200]
  Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca
  '' A'UZU BILLAHI MINAS SYAITHAANIR RAJIM "

d] Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya:
  " Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas."

e] SURAH AL-BAQARAH
  Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  " Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."

f] AKHIR SURAH AL-BAQARAH
  Membaca akhir Surah Al-baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:
  Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  " Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir SURAH Al-BAQARAH pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi."
  Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
" Sesunguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayatyang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat."

g] AYAT ' HAMIM ' AL-MUKMIN
  At-Tirmizi meriwayatkan baripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  " Barangsiapa membaca SURAH - HAMIM AL-MUKMIN sehingga kalimat ' ILAIHI MASHIR' dan AYAT KURSI pada waktu pagi maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."      

h] ZIKIR
  Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
  " Barangsiapa membaca '' LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIR ''
  sebanyak SERATUS KALI, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan SEPULUH HAMBA dan ditulis baginya SERATUS KEBAJIKAN dan dihapuskan baginya SERATUS KEBURUKAN serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang."

i] MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG DAN SOLAT
  Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW"
  '' Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang. ''
  Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutama air sembahyang... 

by Manchiko Osman on Tuesday, January 17, 2012 at 11:37pm


0 Komentar untuk "AYAT-AYAT AL-QURAN MELAWAN JIN / SYAITAN"

RESEPI DARI CIK BEE

 
Copyright © 2014 AlJannatulFirdaus - All Rights Reserved
Template By Catatan Info